Saturday, 19 April 2014

Nilai Inovasi, Kreativiti Perlu Dalam Keusahawanan



Oleh Shuhairimi Abdullah

Pengusaha Muslim perlu kebolehan untuk aplikasi idea kreatif demi faedah masyarakat 

INOVASI dan kreativiti adalah nilai kemahiran yang perlu ada dalam diri usahawan berjaya. Kemahiran kreatif yang ada pada usahawan adalah faktor utama yang membezakan mereka dengan individu lain. 

Usahawan tidak hanya menjalankan aktiviti perniagaan semata-mata tetapi mereka juga memanipulasikan segala sumber yang ada secara optimum untuk memaksimumkan produktiviti secara efektif. Nilai itu secara tidak langsung dapat membantu usahawan mengembangkan idea baru untuk mencari kaedah terbaik dalam melihat masalah dan peluang. 



Nilai inovasi pula ialah daya keupayaan dan kebolehan yang ada pada usahawan untuk mengaplikasikan idea kreatif terhadap masalah dan peluang untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi. 

Sarjana Barat seperti Drucker dalam karyanya Classic Drucker memberi takrifan nilai inovasi sebagai fungsi khusus yang ada pada usahawan. Ia bertindak sebagai alat kepada usahawan untuk mencipta sumber baru bagi menghasilkan kekayaan atau memberi nilai tambah kepada potensi sumber sedia ada dengan tujuan mencipta kekayaan. 

Usahawan yang memiliki nilai itu mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan permasalahan dihadapi secara kritis dan meneroka peluang yang wujud bagi memakmurkan kehidupan manusia secara harmoni. 

Ajaran Islam menyeru umatnya terutama golongan usahawan supaya memberi keutamaan terhadap nilai inovasi dan kreativiti dalam memenuhi keperluan aktiviti keusahawanan. Pada hakikatnya, Allah SWT menganugerahkan pelbagai sumber untuk kelangsungan kehidupan manusia. Namun begitu, pada skala yang lebih umum ia tidak dapat menampung keperluan manusia secara sempurna sekiranya hasil mahsul berkenaan tidak dimanipulasikan secara lestari. 

Oleh yang demikian, ia menjadi peranan dan tugas golongan usahawan untuk mengaplikasikan nilai kreatif dan inovasi yang ada pada diri mereka bagi membantu menyelesaikan sebahagian keperluan yang diperlukan oleh masyarakat. Atas kepentingan itulah, keusahawanan Islam memberi galakan kepada pengusaha supaya berfikiran kritis sebagai nilai berkualiti yang perlu ada pada individu usahawan. 

Tuntutan ini digarap melalui firman Allah dalam al-Quran iaitu maksudnya: "Dialah yang menjadikan bumi bagimu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata penjurunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah kamu dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk:15) 

Dalam pengertian ayat berkenaan, Ibn Kathir dalam tafsirnya Tafsir al-Quran al-Azim mengulas bahawa Allah SWT menyeru kepada umat manusia supaya berusaha memanfaatkan rezeki yang dianugerahkan-Nya di seluruh pelusuk bumi. Rezeki yang diberikan itu lebih luas pengertiannya sebagaimana difahami manusia. 

Rezeki bukan hanya bersifat harta yang dimiliki seseorang untuk memenuhi keperluan dan kesenangannya, namun ia merangkumi sesuatu yang diamanahkan Allah SWT di muka bumi iaitu jalan dan kandungan rezeki. Dalam pada itu, sebagai usahawan golongan ini perlu peka dan sentiasa melihat sumber dianugerahkan oleh Allah daripada perspektif yang inovatif supaya dapat ditambah nilai kepada sesuatu perkara berfaedah menurut kehendak syarak dan memenuhi kepentingan umum. 

Oleh itu, melihat kepada kepentingan dan faedah berkenaan, keusahawanan Islam begitu menggalakkan kepada pengusaha Muslim supaya mengaplikasikan nilai kreativiti dan inovasi dalam aktiviti perusahaan yang dijalankan. 

Berteraskan kepada nilai ini, ia dapat merangsang pengusaha supaya berfikiran di luar kotak dan berpandangan jauh mencipta sesuatu yang baru dan memberi kemudahan kepada umat manusia. Di samping itu, pengusaha juga perlu menggiatkan aktiviti penyelidikan untuk mendapatkan penemuan bersifat semasa yang dapat menampung keperluan umat Islam. 

Tambahan lagi, dalam keusahawan moden kini, ia menuntut usahawan Muslim untuk meraih peluang yang wujud dalam pelbagai bidang keperluan masyarakat Islam seperti bidang makanan, pertanian, perubatan, pembinaan, perindustrian, reka bentuk dan sebagainya untuk menjadi peneraju kepada bidang berkenaan. 

Malah sejarah peradaban umat Islam silam merekodkan bahawa pencapaian umat Islam dalam era keemasan dulu dipacu nilai inovasi dan kreativiti yang dintegrasikan dengan nilai rohaniah tinggi. 

Keunggulan umat Islam terdahulu dalam pelbagai bidang termasuklah keusahawanan disebabkan sikap proaktif dan dinamik dalam melaksanakan sesuatu perkara. 

Mereka sentiasa meletakkan matlamat melaksanakan sesuatu perkara untuk memberi faedah kepada orang lain di samping mencari keberkatan daripada Ilahi. Bergerak dengan semangat itu, maka lahirlah usahawan Muslim yang hebat seperti Nabi Muhammad SAW, Sayyidatina Khadijah, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi. 

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa nilai inovasi dan kreativiti sinonim dengan usahawan Muslim berjaya. Nilai inilah ciri yang ada pada usahawan berjaya. Tanpa nilai itu, usahawan terbabit sukar mengorak langkah dengan lebih jauh. Pemikirannya dijumudkan dan mematikan motivasi dirinya untuk melangsungkan daya saingnya dalam dunia keusahawan. 

Dunia keusahawanan menuntut kepada pengusaha untuk berfikiran melangkaui batas pemikiran yang ada pada manusia biasa. Inilah kelebihan pada seseorang usahawan dan membezakannya dengan yang lain. Mereka begitu peka dan sensitif dengan persekitaran dan sebarang bentuk keperluan untuk menyesuaikan dengan strategi dan perancangan yang konkrit bagi memaju serta mengembangkan sebarang bentuk empayar perdagangan yang diusahakan. 

Keusahawanan Islam menekankan kepada usahawan supaya mempraktikkan nilai yang dapat memberi pulangan positif terhadap aktiviti yang diusahakan. 

Keusahawanan Sebagai Pilihan Kerjaya

Ditulis oleh Nor Hartini binti Saari. 

Bidang keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Sejak zaman Rasulullah SAW keusahawanan ini telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun Islam. Malah kerjaya sebagai usahawan merupakan pilihan utama umat Islam khususnya pada awal kedatangan Islam. Tidak terkecuali Rasulullah SAW sendiri memilih untuk bergelar sebagai usahawan pada ketika itu. Keadaan ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa keusahawanan telah pun menjadi satu bidang kerjaya yang diceburi sejak dahulu lagi. 

Walau bagaimanapun, kebanyakan masyarakat kita kini lupa akan hakikat ini. Ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan makan gaji dan ada majikan sahaja.Hakikatnya, keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi sebagai usahawan mereka bertindak bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya dan turut membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Namun begitu, lebih kurang lima puluh tahun lalu, corak pembentukan sejarah negara kita telah menyebabkan berlakunya pengasingan dalam pemilihan kerjaya mengikut golongan etnik. Pada ketika itu, keusahawanan bukan merupakan satu pilihan kerjaya bagi kaum Bumiputera yang merupakan majoriti golongan masyarakat negara ini.

Jika ada pun kaum Bumiputera yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya, hanya dalam bentuk kecil-kecilan atau pun kerana terpaksa disebabkan kurang kelayakan untuk mendapat kerja lain. Pada ketika itu, mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa' ini selalunya tidak begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan dugaan dunia perniagaan. 

Begitu juga terdapat segelintir ibu bapa yang tidak mempunyai kepercayaan seratus peratus apabila mendengar bahawa anak-anak mereka ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Ini disebabakan oleh peluang-peluang perniagaan yang tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa keusahawanan adalah sesuatu yang sukar, berisiko dan merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan gaji, lebih-lebih lagi  bekerja dengan sektor kerajaan. Jaminan dari segi faktor kewangan dengan pelan pencen yang baik mahupun pelan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara menambah lagi keyakinan untuk mereka bekerja di dalam sektor awam itu.

Namun begitu, apabila kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, secara tidak langsung ia telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan Bumiputera khususnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Berikutan itu, berbagai-bagai langkah telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan Bumiputera.

Penekanan oleh kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995 yang kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Tambahan pula, Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 yang menjurus kepada dasar-dasar kerajaan turut sama menggerakkan negara ke arah perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini secara langsung telah meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dalam melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera.

Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi mula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Begitu juga dengan institusi pengajian tinggi sudah pun mewujudkan Fakulti Keusahawanan, pusat keusahawanan dan subjek keusahawanan sebagai mata pelajaran teras. Ini adalah satu pendekatan baik yang dapat membuka minda mahasiswa dan mahasiswi tentang peluang besar yang menanti mereka yang berminat menjadi usahawan atas pilihan sendiri.

Memandangkan ramai yang menjadi usahawan atas pilihan sendiri, kita menjangkakan bahawa mereka tentunya telah bersedia untuk berjaya sebagai usahawan. Hari ini cuba kita perhatikan, sudah banyak papan iklan dan iklan-iklan di stesen radio dan televisyen yang mula memperkenalkan produk Bumiputera ini.

Perkembangan sebegini menyebabkan lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Ia juga boleh mengikis pandangan negatif banyak pihak mengenai kerjaya usahawan.Justeru, bagi mereka yang memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan, mereka perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih. Maklumat asas mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan perlu dikaji. Di samping melihat kepada pasaran yang disasarkan, persaingan serta maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran. Perkara asas ini dapat membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan.

Pun begitu, pemilihan bidang perniagaan ini juga tidak boleh dilakukan secara semberono atau ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama.


Oleh itu, jika keusahawanan menjadi pilihan kerjaya hari ini, maka berusahalah menjadikan kerjaya tersebut menyeronokkan dan memberi kesan positif kepada kemakmuran masyarakat dan negara.

Monday, 24 March 2014

Motivation Techniques for Young Entrepreneurs

by Leo Sun

As a young entrepreneur, it is easy to lose your way, to lose steam as motivation wanes. Failed products and poor sales can crush your spirit, and the loss of support from family and friends can cause you to doubt yourself. What are some ways young entrepreneurs can keep up their spirits and persevere in today’s cutthroat business environment?

Time is on Your Side

Just as financial advisers tell young investors, “Time is on your side.” When you’re young, you can take higher risks, such as buying up high-risk stocks and waiting a decade before selling. The same applies to small businesses. If you’re young and able, you have the luxury of failing and being able to pick yourself back up. You’re able to take risks that older businessmen simply can’t afford to take.

Don’t Look Before You Leap

Fear is a great motivational tool. If you want to start up a business, quit your day job. Transfer your life savings to a trusted family member, then tell them to withhold it from you. Once you’ve removed all your safety nets, you’re ready to leap. The greatest entrepreneurs have risen from desperation – and you’ll never truly feel desperate unless you lose your monthly income and access to your savings.

The Glass is Always Half Full

There’s simply no point in viewing the glass as half empty. Pessimists should not be entrepreneurs – they should try to make a living shorting stocks instead. A great motivational tool is to always look at the bright side – a cliche, for sure – but also one of the most important qualities of a motivated manager. Perhaps you botched a product release, and a competitor flattened you. It’s only a big deal if you didn’t learn anything from the costly lesson. It was worthwhile if you’re able to perform a thorough autopsy of your dead product to understand why it failed. Your product didn’t fail – rather, you were given an opportunity to see weaknesses which you couldn’t see earlier.

Relax!

Sometimes you just need to take a time out and relax. Put the world on pause, and put on your favorite CD. Go out for a cup of coffee, get a massage, and let your worries melt away for the day. Rushed and stressed managers often make terrible decisions. Taking a day off and getting away from the hustle and bustle of the workplace can help you come back to work with a fresh perspective on the current situation. Encourage your co-workers to take breaks, or hold meetings in outdoor, casual environments.

Reevaluate your Priorities

Sometimes our personal and professional lives get so fragmented that we lose sight of what’s important, and become creatures of habit and routine, rather than passion and motivation. Think of your mind as a hard drive desperately in need of defragmentation, where disassembled volumes are scattered carelessly about rather incoherent volumes. Meditation, exercises and prayer – depending on your personal preferences – can help center your spirit and allow you to see what’s truly important in your life.

Connect with Loved Ones

Our personal connections with family and friends are often sacrificed in the name of our careers. Reconnecting with friends and family can put us back in our place, motivating us to either try harder or to relax more. You might be earning a lot of money, but if you’ve become so alienated from the important people in your life, is all that cash worth it? It’s doubtful that you can stay motivated if no one is there to share your success.

Other Sources of Motivation

The key to staying motivated is simple – stay positive. Inspect yourself from time to time and ask yourself if you’re truly happy, and can stay positive. If you can’t, it’s time for a change.

What Motivates Entrepreneurs?

by Ryan May
Some entrepreneurs continuously struggle to bring a single idea or product to market while others seem to be able to do it almost effortlessly, time and again. Household names like Steve Jobs, who achieved a legendary level of success with Apple, Pixar and NeXT, serve as examples of these global business auteurs. But there are exponentially more men and women who successfully and continuously launch thriving businesses that may not achieve the same level of global recognition but remain highly profitable just the same.
How do they do it? Given the repeat success many enjoy, you can pretty much count luck out. And while a wide range of leadership abilities go into the mix, at the core is an innate drive toward success.
The greatest challenge for a serial entrepreneur is figuring out how to rekindle the initial hunger, passion and dedication that fueled their first venture. To do so, many surround themselves with connections who’ve supported them in the past, often leaning heavily on trusted partners for crucial financial, professional and emotional support. To continuously draw from these people, the entrepreneur must inspire an organic dedication among his or her followers.
Often viewed as optimistic and idealistic, the entrepreneur possesses a level of commitment and a vision that are easily observed. They’re inventive, aggressive, confident, tireless, highly (and often severely) competitive, and possess an intense level of focus. Entrepreneurs genuinely believe in what they’re doing and thereby inspire others toward the same goal. They typically place a high value on creativity and will take a calculated risk if they’re fairly certain they can sway the eventual outcome in their favor.
But what inspires such a fierce level of commitment?

Wealth

Money seems to be the common denominator among serial entrepreneurs. Taking a quick glance over a list of The World's Billionaires compiled by Forbes, a large percentage are entrepreneurs, including Bill Gates, Warren Buffet, Larry Ellison and Amancio Ortega. These men account for the top 1 percent of the world’s wealth and have achieved their standing as self-made entrepreneurs.

Intrinsic Motivation

Also known as the “entrepreneurial obsession,” intrinsic motivation is a term used to refer to the predisposition to work on something because it’s interesting, engaging, stimulating, satisfying or challenging on a personal level. This is in opposition to the larger set of people who are extrinsically motivated, driven by expected evaluation, supervision, competition or rewards. Entrepreneurs do what they do because they genuinely enjoy it. As a result, many serial entrepreneurs strive to create something that is both tangible and significant and will not pursue objectives they deem to be less of a challenge.

Social Responsibility

There is no guarantee on the success of any business startup, though the success rate of a serial entrepreneur would seem to argue with that fact. As mentioned above, those willing to risk both time and financial resources do so because they believe in what they’re doing. And with entrepreneurs like Steve Jobs or Larry Page, the co-founder of Google, we glimpse a desire to leave the world a better place by contributing innovations that improve the entrepreneur’s chosen field. These individuals, who may possess a nearly maniacal level of ambition, tend to provide products and services that strive to improve society and in the process leave a significant mark on the world – in short, a legacy.

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun - Founder and controlling shareholder of Berjaya Group


WHILE Vincent Tan has handed over the reins of his sprawling Berjaya Group to his son Datuk Robin Tan, the elder Tan remains the man to watch next year, both on the corporate front and the sporting pages.
On Christmas day, the 61-year old billionaire bought himself  another football club in Europe,  this time Bosnian Premier League outfit FK Sarajevo. Media reports quoted Tan as saying that he intends to establish co-operation deals between  the club and his English  Premier League team Cardiff City FC.
The Bosnian acquisition was announced even as Tan continues to struggle to win back Cardiff fans’ waning adulation following his unpopular moves to change the club’s colours and recent treatment of its manager.
Observers have noted that the club would need to remain in the top flight of English football to ensure a successful listing on the stock market, as some reports have indicated.
The Berjaya Group’s sprawling business empire, which the elder Tan founded, saw two successful listings in 2013 – Caring Pharmacy Group Bhd  and its Mazda dealership  Berjaya Auto Bhd.
However, a plan to list Berjaya Sports Toto Bhd’s business trust in Singapore was aborted due to unfavourable market condition, while the proposal to sell shares in 7-Eleven chain operator Seven Convenience Bhd in Malaysia to the public had hit a snag.
These plans could be revived in 2014.Meanwhile,   there are other  possible initial public offerings  (IPOs) related  to the group being  bandied about in the market,  including the potential  listings of MOL Global Pte and IU Mobile Sdn Bhd.
Vincent Tan is the chairman of U Mobile.
Recently, he had roped in the Sultan of Johor to take up a 20% stake in Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTSSB), the owner of Berjaya Times Square in Kuala Lumpur and prime properties in Johor Baru. The sale had raised some eyebrows as it had resulted in a loss to Berjaya Assets Bhd.
BTSSB is a unit of Berjaya Assets Bhd, in which Vincent Tan has a direct 49.88% stake, Bloomberg data showed.
He is no stranger to controversy and it will be interesting to watch how the “retired’ tycoon continues to play the game his way, on and off the field. – By Izwan Idris

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun



Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun born in 1952 at Batu Pahat, Johor. Known simply as Vincent Tan, is a Malaysian businessperson and investor. He is the Chairman and Chief Executive of Berjaya Corporation Berhad, which is in a wide array of businesses which includes golfing, property, resorts, and gambling in a group known as the Berjaya Group.

In 2010, he entered the Forbes billionaire list with an estimated worth of US$1.3 billion (RM4.2 billion).Tan's success in the Malaysian business sector has been attributed in part to his close association with prominent Malay political figures.

In December 1980,Tan purchased Malaysia's McDonald's franchise and in 1985 he bought Sports Toto when the lottery agency was privatised by the government. Tan obtained the license for his lottery business from an non-tendered privatisation in 1985.

In 2010 Tan bought a controlling share in the Welsh football Premier League side Cardiff City Football Club and in 2013 Bosnian FK Sarajevo. Tan promised to spend £25m to help Cardiff City establish themselves in the Premier League, and publicly stated his interest in listing his 36.1% stake on the Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE). An IPO (Initial Public Offering) would sell shares in Cardiff City to the public for the first time, in an attempt to gain capital to expand the business.

Top 4 Traits of Successful Entrepreneurs

by Carmen

Do you think you have what it takes to be an entrepreneur?  Becoming an entrepreneur takes a specific type of personality.  Fortunately, it’s the type of personality you can develop by working on yourself, growing, and learning how to express these traits.  Focus on the four top traits below and you’ll find yourself ahead of the pack.

An entrepreneur is a problem solver

An entrepreneur looks at a problem and knows it’s an opportunity.  That’s not a cliché talking.  A problem is literally an opportunity to get paid if you can be the one to solve it. Successful entrepreneurs make their name identifying problems without solutions, and providing those solutions. Every good product solves some sort of problem.  Even video games solve a problem—they provide a way for people to unwind after a stressful day and fulfill a fantasy.
If you want to be a successful entrepreneur, your natural response to any given problem should always be to ask yourself how you can solve that problem.  Not who is to blame, not how that problem came to be—just how the problem can be solved.  Problem-solving becomes a habit.  As you become alert to problems with no solutions, you become alert to new ways to create, grow, develop, and innovate new products.  If you can marry this alertness to calculated action you will develop the instincts that you need to be an outstanding entrepreneur.

An entrepreneur takes calculated risks

Risk-adverse people don’t make very good entrepreneurs—but neither do extremely reckless people who leap first and look later.  Real entrepreneurs evaluate their potential risks.  They also know how to minimize the risks they need to take through hard work, dedication, and strategic planning.
When a risk goes bad an entrepreneur doesn’t waste a lot of time looking for someone to blame.  Instead a true entrepreneur analyzes what went wrong, learns from it, and moves on.

An entrepreneur is self-motivated

This is about more than simply being your own boss.  This is about more than simply being able to get up in the morning and get to work.  An entrepreneur is always capable of seeing a tomorrow that’s just a little bit better than today.  He’s not satisfied to just sit on his laurels and enjoy the fruits of his success.  He’s constantly looking forward—creating plausible plans to create more opportunities and find his next point of success.  An entrepreneur is also willing to push himself.  Last year’s success was fine, but this year’s success should reflect his growth.  He’s always coming up with some new project and looking for ways to make that project succeed.

An entrepreneur is confident

There’s not much room in the business world for self-doubt.  Fear can make you back away from projects that could be the key to your ultimate success.  Furthermore, the entrepreneur has to be in the business of convincing other people that his ideas are good.   Partners, investors, financing, creative structuring—it all depends on the entrepreneur’s ability to convince other people that they’re making a good bet when they team up with him.  If the entrepreneur isn’t sure about himself, how can anyone else be sure of him?