MENYEBUT nama tokoh yang seorang ini pastinya ramai yang mengenali beliau sebagai seorang usahawan Melayu yang sangat berjaya. Kejayaan dan kekayaan beliau ini adalah hasil dari titik peluh sendiri. Ini kerana beliau telah menceburi bidang perniagaan sejak umur belasan tahun lagi.
Hasil kejayaan beliau sekarang banyak didorong oleh semangat untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ini satu usaha murni yang semakin terhakis dalam diri masyarakat. Beliau yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Memang setiap kali bercerita tentang beliau, kita semua tidak boleh mengelak dari berbicara tentang kekayaan yang dimilikinya. Selain itu kehebatan beliau menguruskan pelbagai cabang perniagaan di dalam dan luar negara juga sentiasa meniti bibir orang ramai.
Kenapa beliau sering menjadi tumpuan walaupun terdapat ramai lagi usahawan berjaya di Malaysia? Jawapannya kerana beliau merupakan satu-satunya orang Melayu yang berjaya menduduki senarai 10 orang bilionair di Malaysia, satu kedudukan yang pastinya sangat membanggakan kita semua sebagai orang Melayu.
Menduduki tempat kelapan senarai orang terkaya Malaysia dengan wang tunai dan aset sebanyak AS$1.8 bilion (RM6.5 bilion) pastinya setiap berita dan pergerakan beliau ini akan menjadi perhatian. Namun bagi beliau kekayaan dan kejayaan yang diperoleh bukanlah sesuatu untuk dibanggakan jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.
Beliau lebih gemar mengelak dari menjadi perhatian media, tidak mahu terlalu menonjolkan diri malah senantiasa merendah diri. Itulah keperibadian yang sering ditonjolkan oleh anak kelahiran Alor Setar ini.
Sikap merendah diri, kesederhanaan dan sering bersedekah kepada mereka yang memerlukan sudah sebati dalam diri lelaki berusia 58 tahun ini.
Bagi Syed Mokhtar yang juga penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008, beliau sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Ujarnya, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya, Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15 keluarga miskin di Alor Star, Kedah.
Pesanan ibu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada orang kurang kemampuan telah memberikannya keinsafan. Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan, kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.
"Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai terutama pelajaran," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia tahun lalu.
Bagi beliau, pesanan ibunya itu telah dijadikan panduan untuk beliau maju dalam perniagaan namun pada masa yang sama tidak lupa akan asal usul dirinya.
Syed Mokhtar turut menekankan bahawa kejayaan dan kekayaan yang dimiliki bukanlah untuk dirinya sendiri tetapi untuk dikongsikan dengan golongan yang kurang berkemampuan. Ini untuk memberi mereka peluang mendapat ilmu sekali gus mengubah hidup pada masa depan.
Beliau yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami di Yemen dan hidup serba kekurangan ketika kecil telah membuktikan bahawa kemiskinan yang dilalui beliau bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam hidup.
Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan beliau kini aktif dalam beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti, automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.
Sebagai langkah untuk membantu mereka yang memerlukan, Yayasan Albukhary yang ditubuhkan pada 1996 bagi melakukan kerja-kerja kebajikan kini semakin berkembang sebagai entiti amal global antaranya dengan penubuhan Muzium Kesenian Islam Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.Yayasan tersebut turut berperanan sebagai sebuah badan kebajikan yang membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.
Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, yayasan turut membantu membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin di serata dunia supaya belajar di Malaysia.
Antara projek terbesar yang berjaya dilakukan ialah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang siap dibina pada tahun 2004. Kompleks itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Pihak yayasan juga sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.
Hasil dari pesanan ibunya juga telah dijadikan panduan untuk beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.
Setakat ini, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di bawah tajaan Yayasan Albukhary.Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.
Selain itu yayasan tersebut telah berjaya menyiapkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
Yayasan al-Bukhary juga pernah mendermakan sebanyak RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, sebuah pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia selain turut membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam menjayakan projek mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.
Yayasan tersebut juga sering terlibat dalam mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.
Pengalaman Syed Mokhtar membesar tanpa pendidikan tinggi kerana latar belakang keluarga yang serba kekurangan turut mendorong beliau menubuhkan Program Tuisyen Al-Bukhary yang memberikan kelas tuisyen secara percuma. Program tuisyen itu berasaskan iltizamnya untuk melihat pelajar di luar bandar berpeluang mencapai pendidikan tinggi sekali gus membantu mengubah kehidupan.
Menurut beliau, kesempitan hidup ketika zaman kanak-kanak sehingga tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.
"Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan kerana tidak mampu bayar yuran. "Jadi, mengenangkan dulu tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak mampu," katanya.
Selain itu, yayasan tersebut turut menyumbang kepada organisasi di luar negara dalam usaha membantu umat Islam yang memerlukan. Hampir RM1 bilion telah diberikan secara langsung kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa bencana tsunami di Aceh, Indonesia.
Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda, membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon selain urut membina 12 buah masjid di serata dunia.
Dalam pada itu penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga menarik perhatian. Walaupun yayasan tersebut lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary telah menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana untuk menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang berkemampuan.
Bagi Syed Mokhtar, apa yang dilakukan ini semuanya bermula daripada didikan orang tuanya sendiri. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
Prinsip beliau jelas, kekayaan itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Kekayaan hanya dipegangnya untuk sementara sahaja. Bagi beliau, kekayaan ini Tuhan beri kepadanya untuk membantu orang lain.
"Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. "Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang. "Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain," katanya.
Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita tanpa mendapat pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
ReplyDeleteKami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar sebanyak $ 150,000 tanpa cagaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Maha Suci: gloryloanfirm@gmail.com